Baru-baru ini sebelum cuti raya cina saya dikurniakan kesihatan tak menentu, bermula dari demam biasa sehingga jadi naik ruam dan merah satu badan sehingga terpaksa ambil cuti sakit untuk 3 hari sebelum cuti raya cina. Mujurlah saya dah tempah tiket dan tak bercadang untuk memandu balik kampong.
Oleh kerana ada urusan penting perlu diselesaikan sebelum factory shut down saya terpaksa pergi juga ke tempat kerja dalam keadaan muka merah padam dan gatal-gatal. Ada hikmahnya jugak sebab rakan sekerja senior bagitau kena cari daun bambu untuk buat mandi dan minum air kelapa untuk hilangkan demam macam ni. Itu petua untuk hilangkan jenis-jenis campak. Daun bambu tak berjaya cari sbb tak berapa cam rupanya, tak pernah kenal pun sebelum ni. Cuma sempat beli air kelapa 3 biji dari restoren mamak.
Balik kampong minum lagi 2 biji air kelapa. Daun bambu rupanya wujud kat depan rumah kampung, so rebus dan buat mandi. Cuma orang Ganu panggil dengan nama lain - daun ‘ppahit’ sbb rasa dan baunya yang pahit.. Alhamdulillah merah-merah semakin berkurang dan hilang terus.
(Setelah digoogle daun ni memang banyak khasiat dan ianya salah satu herba yang popular di kebanyakan negara, nama Inggerisnya ialah Neem Leaves. Kat wikipedia ada review. )
Inilah rupanya daun bambu. Kredit utk yuyuns |
Tapi saya nak ingatkan korang yang nak ikut petua ni kenalah menghadkan minum air kelapa kepada 1 biji saja. 1 BIJI je ok! Kalau tak korang akan dapat masalah lain pula iaitu sakit badan sampai demam balik. As for me, terpaksa tambah cuti satu hari lagi bila naik cuti hari tu..huhu
So, next time kalau nak menuntut ilmu biar detail…