February 9, 2011

Kalau dah jodoh...

Sepanjang memandu, inilah kali pertama aku ditimpa kemalangan.

Itulah jugak ayat auntie tu bila kami bersidai tepi jalan bincang ape nak buat bila dah berjodoh dalam keadaan macam kat bawah ni.
Ini kereta auntie tersebut yang menghentam WSS ku. Sama jenis, same kaler. "Saya sudah lebih 50 tahun bawak kereta tak pernah langgar orang...!!" (yelaaahhh...tp skrg auntie sudah langgar kereta saya maaaa...ishhhh...)
WSS. Kena hentam di tengah2 tiang  dan habis pintu depan. Isk..isk..isk...
hu huhuhu....
huuuuuuuuuu....(nangis dlm hati je time tu...control)

  
Hu. Kejadian berlaku seminggu sebelum cuti CNY time awal2 pagi on the way ke tempat kerja.

Auntie tu suh aku bayar. Dia kata bukan salah dia.  "Auntie, i'm so sorry, but it's really not my fault coz the lite was GREEEEEN so why i have to pay...????" Apa lagi...jodoh disambung ke balai polis.

Gedebuk gedebak kat situ akhirnya polis suh masing2 claim insuran sendiri coz tak dapat dibuktikan sape yang salah. Senangnya keje polis tu. Aku malas nak amuk lebih2 auntie tu asyik urut dada ckp ada sakit jantung serba serbilah.

Alhamdulillah skrg dah dapat balik WSS dalam masa tak sampai seminggu. Cepat pulak workshop tu buat kerja.

Tapi yang lebih bersyukur tiada sebarang kecederaan samada aku dan juga auntie tu.

Apapun, bila dah berlaku kemalangan walaupun bukan salah kita, tapi kenalah sentiasa beringat2 dan lebih peka bila memandu.

Laju bila perlu laju, pelan bila perlu pelan.



January 15, 2011

Senaman Melegakan Sakit Kepala


 Dalam 2 minggu ini hampir setiap hari diserang sakit kepala. Bila sakit kepala, tak berapa suka telan paracetamol kecuali bila dah tahap langsung tak boleh tidur.  Mula-mula buat tak tau tapi bila dah lama, risau pulak mana tahu kena tekanan darah tinggi atau kurang darah.

Tapi bila pergi cek doktor sahkan tekanan darah ok, takde tanda demam, takde simptom kurang darah.
Sebab ni dah cek klinik kali kedua, doktor bagi ubat nama "Neurobion" untuk meredakan urat saraf kepala dan jugak sekeping surat refference untuk buat check-up kat hospital. Walaupun tak rasa sakit ni ke tahap serius tapi bercadang akan ikut nasihat doktor untuk pergi cek jugak nanti. Risau jugak tu.

Balik rumah setelah rujuk penasihat , kebetulan member dia pun sedang sakit kepala berpanjangan dan doktor nasihatkan supaya buat sejenis senaman bahu dan leher. Rupanya bila otot leher kita tegang - biasanya sebab postur badan tak betul , akan sebabkan sakit dari area mata menjalar ke belakang kepala macam gambar kat bawah ni,



Explanation panjang lebar pasal gambar atas boleh klik kat sini. Kebanyakan akan cadangkan supaya buat senaman leher untuk legakan sakit kepala jenis ni.

Berbalik pada senaman yang dicadangkan doktor tadi, simple saja stepnya.  

Duduk tegak dan angkat bahu mencapai ke telinga setinggi yang boleh hingga rasa sakit. Kemudian masukkan kepala seolah2 macam kura2 yang nak sorokkan kepala. Cuba bertahan sehingga 10 minit.


Saya dah cuba, kita akan rasa urat belakang kita pun akan meregang jugak.

Saya rasa senaman ni bagus dan InsyaAllah cuba konsisten buat esok2. Harap ia membantu.



January 14, 2011

Song of the Day



 Kau Lilin Cintaku - Francisca Peter

Kau kerlipan cahaya kecil
Menyinari hidup ku
Ku hanyalah gadis sepi
Yang tertawan dengan sinar mu
Memberi kekuatan dan keyakinan diri
Pada hati yang tersangkar di dalam duka

Kau lilin cinta ku dengan keindahanmu
Mengusir kenangan yang menggugat perasaan
Kau lilin cinta ku
Memberi nafas baru
Di dalam dunia hati ku yang kegelapan

Kau yang dulu kedinginan
Tidak lagi keseorangan
Kau datang dalam hidup ku
Menyalakan harapan baru
Sungguh aku terharu dengan pengorbanan mu
Rela terbakar demi sebuah cinta


December 26, 2010

Kegilaan semasa

Walaupun kegilaan sejak kecik sampai leni ialah membaca tapi aku kurang minat baca novel. Masa zaman sekolah rendah-menegah banyak karya berkisar pasal konflik2 percintaan dan jiwang2. Letih nak layan. Kalau boring sangat baru baca , itupun langkau 2-3 muka dan akhirnya baca hujung saja.

Masa sekolah rendah,  layan Nancy Drew & Enid Blyton jer....berangan nak jadi penyiasat.

Mungkin sbb tak berapa suka fiksyen, kecenderungan lebih pada majalah macam MASSA (frust sgt bila edisi MASSA dihentikan atas alasan tak laku, hey...aku beli tiap2 minggu dulu...!! ) Dwn Masyarakt, al-Islam (sebelum Astora Jabat jadi Ketua Pengarang, pastu BAN..!!), Nur, Women's Weekly, buku motivasi dan keagamaan.

Jadi kalau novel tak pernah beli cuma pinjam dengan kawan2 yang suka kumpul - tapi pilih2 tajuk...agak2 takde jiwang2 sangat - layan.  Antara novel yang  terkesan bila membacanya (maknanya baca dari ayat pertama sampai akhir antaranya Kemarau Kasih (Khadijah Hashim), Diari Sayang (tak ingat pengarangnya), Tragedi Hiroshima (true story), Lagenda Tasik Cini (tak berapa ingat exact title)....errrr...yang lain langsung tak lekat.

The only one novel Melayu yang aku beli ialah Doa Untuk Suamiku (Sri Diah)...itupun lepas kena suruh...bacalah...bagus karangan Sri Diah untuk pelajaran kehidupan..(mmg betul....tak jiwang, tak cintan-cintun) 

Sejak fenomena cinta dakwah pun masih jarang baca novel, hanya Ayat-ayat Cinta yang aku baca.

Fiksyen thriller seram/misteri lagi tak layan.

Tapi kali ini aku benar2 melekat... Karya yang sangat baik. Seolah2 menelusuri sama perjalanan watak dalam novel ni. Membacanya terasa macam sama perasaannya macam kita tengok Lord of The Ring, Harry Potter....tapi ini lebih terkesan sebab diselitkan unsur-unsur dakwah.

 Dan sekarang aku rasa rugi sikit sebab karya ni dah lama tapi baru sekarang aku baca.



 2 siri ni dah khatam...:D


Sekarang sedang mengembara bersama siri ni










Dan yang ni wajib beli...!!!!!


Kalau karya ni difilemkan...aku akan book tiket hari pertama tayangan.....dan 2-3 kali tengok ....!!! :D

December 10, 2010

Tidak perlu takut untuk berpisah..

 Tak jauh mana pun aku berhijrah.Selangkah dua je.


Tapi agak seronok sbb  mendekatkan aku dgn lebih ramai  kawan2 lama yang dah lama tak berkesempatan berjumpa. Tau-tau rupanya dekat saja...berjiran di daerah yang sama.

Dah ada tempat lepak dan dating. Ehe..

Orang kampung pun jumpa kat perantauan. Maklum sajalah kalau balik kampung pun belum tentu dapat jumpa sbb itu saja masa yang ada untuk layan keluarga nak jalan2 atau aktiviti lain.

Seringkali bila terpaksa berpisah...tukar sekolah/ tamat belajar/kawan kawin/adik beradik nak kawin...kita jadi sangat sedih kerana fikir sudah kurang masa bersama dan takkan dapat share kesemuanya macam dulu-dulu.

Sebenarnya tidak. Jauh mana kita pergi..satu masa kita akan dapat berjumpa kembali dengan mereka yang pernah ada dlm hidup kita. Dan pertemuan selepas itu akan menjadi lebih manis kerana masing-masing akan dapat melihat perkembangan masing-masing...kerja, keluarga..dan kehidupan.

Jadi  tak perlu takut atau sedih bila tiba masa berpisah.



berkesempatan jumpa kwn sekampung-K Mas selepas 5-6 tahun (mgkin lebih) dan ibu, Che De (tengah) selepas 17 tahun baru-baru ni di kediamannya. Che De tetap manis cam dulu-dulu.. :)