December 26, 2010

Kegilaan semasa

Walaupun kegilaan sejak kecik sampai leni ialah membaca tapi aku kurang minat baca novel. Masa zaman sekolah rendah-menegah banyak karya berkisar pasal konflik2 percintaan dan jiwang2. Letih nak layan. Kalau boring sangat baru baca , itupun langkau 2-3 muka dan akhirnya baca hujung saja.

Masa sekolah rendah,  layan Nancy Drew & Enid Blyton jer....berangan nak jadi penyiasat.

Mungkin sbb tak berapa suka fiksyen, kecenderungan lebih pada majalah macam MASSA (frust sgt bila edisi MASSA dihentikan atas alasan tak laku, hey...aku beli tiap2 minggu dulu...!! ) Dwn Masyarakt, al-Islam (sebelum Astora Jabat jadi Ketua Pengarang, pastu BAN..!!), Nur, Women's Weekly, buku motivasi dan keagamaan.

Jadi kalau novel tak pernah beli cuma pinjam dengan kawan2 yang suka kumpul - tapi pilih2 tajuk...agak2 takde jiwang2 sangat - layan.  Antara novel yang  terkesan bila membacanya (maknanya baca dari ayat pertama sampai akhir antaranya Kemarau Kasih (Khadijah Hashim), Diari Sayang (tak ingat pengarangnya), Tragedi Hiroshima (true story), Lagenda Tasik Cini (tak berapa ingat exact title)....errrr...yang lain langsung tak lekat.

The only one novel Melayu yang aku beli ialah Doa Untuk Suamiku (Sri Diah)...itupun lepas kena suruh...bacalah...bagus karangan Sri Diah untuk pelajaran kehidupan..(mmg betul....tak jiwang, tak cintan-cintun) 

Sejak fenomena cinta dakwah pun masih jarang baca novel, hanya Ayat-ayat Cinta yang aku baca.

Fiksyen thriller seram/misteri lagi tak layan.

Tapi kali ini aku benar2 melekat... Karya yang sangat baik. Seolah2 menelusuri sama perjalanan watak dalam novel ni. Membacanya terasa macam sama perasaannya macam kita tengok Lord of The Ring, Harry Potter....tapi ini lebih terkesan sebab diselitkan unsur-unsur dakwah.

 Dan sekarang aku rasa rugi sikit sebab karya ni dah lama tapi baru sekarang aku baca.



 2 siri ni dah khatam...:D


Sekarang sedang mengembara bersama siri ni










Dan yang ni wajib beli...!!!!!


Kalau karya ni difilemkan...aku akan book tiket hari pertama tayangan.....dan 2-3 kali tengok ....!!! :D

December 10, 2010

Tidak perlu takut untuk berpisah..

 Tak jauh mana pun aku berhijrah.Selangkah dua je.


Tapi agak seronok sbb  mendekatkan aku dgn lebih ramai  kawan2 lama yang dah lama tak berkesempatan berjumpa. Tau-tau rupanya dekat saja...berjiran di daerah yang sama.

Dah ada tempat lepak dan dating. Ehe..

Orang kampung pun jumpa kat perantauan. Maklum sajalah kalau balik kampung pun belum tentu dapat jumpa sbb itu saja masa yang ada untuk layan keluarga nak jalan2 atau aktiviti lain.

Seringkali bila terpaksa berpisah...tukar sekolah/ tamat belajar/kawan kawin/adik beradik nak kawin...kita jadi sangat sedih kerana fikir sudah kurang masa bersama dan takkan dapat share kesemuanya macam dulu-dulu.

Sebenarnya tidak. Jauh mana kita pergi..satu masa kita akan dapat berjumpa kembali dengan mereka yang pernah ada dlm hidup kita. Dan pertemuan selepas itu akan menjadi lebih manis kerana masing-masing akan dapat melihat perkembangan masing-masing...kerja, keluarga..dan kehidupan.

Jadi  tak perlu takut atau sedih bila tiba masa berpisah.



berkesempatan jumpa kwn sekampung-K Mas selepas 5-6 tahun (mgkin lebih) dan ibu, Che De (tengah) selepas 17 tahun baru-baru ni di kediamannya. Che De tetap manis cam dulu-dulu.. :)