April 29, 2010

Selamat Hari Lahir Mok..

Assalamualaikum..

Saat post ni ditulis, dah 52 tahun 1 hari umur mok (mak). Selamat Hari Lahir mok. Moga Allah sentiasa memberi mok rahmat dan kasih sayangNya. Kami semua sangat menyayangi mok. Mak menyayangi kami dgn cara mok tersendiri. Saat paling sy ingati waktu kecil ialah masa mak ajar kami solat. Sy dan 2 adik yg bawah (angoh dan wa) beratur sebelah menyebelah dan mok ajar kami angkat takbir, sujud, rukuk, bacaan...(isk...). Takde telekung cantik mcm budak2 skrg. Saya pakai kain pelikat diikat kat leher, hanya nampak muka..

dah lebih 20 tahun berlalu. Skrg sy hampir 30 tahun ...mak skrg dah jadi kawan pada sy. Bersyukur pada Allah kerana masih dan sentiasa dilingkungi kasih sayang, doa dan restu dari seorang ibu. Nikmat paling besar dalam hidup selepas nikmat Iman dan Islam.

Ja berjanji untuk berusaha menjadi anak yang solehah, mok. Ampuni segala dosa Ja pada mok. Doakan ketenangan sentiasa hampir dgn Ja. Doakan Ja menjadi anak yg sentiasa berbakti kepada keluarga...

Moga keluarga kita semakin ceria dgn limpahan kasih sayang

April 25, 2010

Memulakan bisnes

Assalamualaikum..

Masliza nk buat bisnes? hehe...bidang ni agak asing bagi saya.

Tapi apa salahnya memulakan suatu yang baru untuk menilai keupayaan diri

Dah lama ingin mencuba tp tak pernah serius.

Jadi bila dah nekad, dan alhamdulillah mendapat sokongan dari sahabat2 yang telah dulu memulakan, saya mula mengorak langkah.

Mula2 teragak2, tp saya seronok bila dpt first order, lagi2 customer siap tempah lagi stok baru.

Alhamdulillah, sy sedang membikin blog niaga saya (he he). InsyaAllah sedikit masa lagi akan launch.

Harap dilancarkan urusan dan mendapat sokongan dari semua...

ps - oppsss...sy tak bgtau pun buat bisness apa ye. Saya mulakan dgn jualan tudung ala ariani. Jenama terkenal, fabrik berkualiti dan selesa dan of coz..harga yang berpatutan yg tak akan buat kita fikir 40 kali sebelum beli..:D

Suku tahun pertama Masliza

He he....tajuk macam nak buat report kerja ye. Sedar tak sedar dah nak habis bulan 4 tahun 2010. Beberapa hari lagi saya nak mencecah umur 30. Hm, sudah mencapai umur lebih dari dewasa. Sudah tercapaikah apa yang diimpikan dan sepatutnya diperolehi pada peringkat umur sebegini? Timbangan amal bagaimana pula? Ah, mmg takut memikirkan kekurangan dan lemahnya diri sebagai hamba yang ditugaskan untuk mengabdi, apa lagi mengenangkan amanah sebagai khalifah di muka bumi. Moga Allah mengampuni segala dosa-dosaku selama hayat ini dan memberiku kekuatan untuk terus memperbaiki diri.

Sejak Disember tahun lepas saya agak sibuk dgn kerja. Kerap travel. 2 bulan kebelakangan ini sentiasa berulang alik dari daerah mastautin ke cawangan tempat kerja, sangat meletihkan. hampir tiada masa untuk diri sendiri. Weekdays outstation dan weekend balik ke kediaman , begitulah rutin sy selama itu. Balik sekadar untuk basuh baju dan berkemas2 untuk pergi minggu seterusnya. Ramai cari saya masa ni. Maaflah sahabat2....kalu ada yg geram..hehe...

Lagi2 bila anak buah sy, adik Mus exident dan sampai skrg masih MC. saya terpaksa ambil alih tugas dia. Langsung tiada masa untuk duduk. alhamdulillah skrg dia dah beransur pulih. Tak sangka dgn keadaan dia masa mula2 ke wad kecemasan, sekarang dan ceria semula. Adik Mus ni kuat semangat orangnya. Sejak hari pertama terlantar di hospital, tak pernah tgk dia menangis. Keluar hospital hari2 makan bubur yang dikisar halus lebih halus dari bubur baby sbb bahagian rahang dan gigi dia cedera teruk. Sedut dgn straw. Saya yang tgk dia makan pun boleh jadi 'kembang'. terfikir kalaulah saya jadi dia, tak pasti samada saya boleh telan atau tak. Mungkin menangis2 time makan kot. Ujian untuk setiap orang berbeza mengikut tahap kemampuan mereka menghadapinya.

Sebaik habis tugasan di luar daerah, terus saya menumpukan sepenuh perhatian pada program DMPKS yang berlangsung awal bulan 4. Sangat kelam kabut kerana banyak tugasan yang tidak sempat diurus dengan baik lantaran bertembung dgn tugasan kerja. Program berlangsung dgn baik walaupun terdapat banyak kekurangan. Ampun pada kakak Ketua...hu hu. Ini kali pertama saya handle program sebegini. Tapi sepatutnya tak boleh beralasan kan? sepatutnya ALWAYS FIRST TIME RIGHT. Apapun, terima kasih pada team saya yang melaksanakan tugasan mereka dengan baik sekalipun dalam kesibukan masing2. Semoga Allah membalas keikhlasan mereka semua melaksanakan amanah dengan keberkatanNya.

Habis program saya kena demam dan naik gatal2. Tak tahan sgt bengkak2 dan miang sampai tak booeh tidur malam. Mula2 disangka kena alergi. Tapi saya sendiri tak pasti puncanya kalau alergi. Ada yang kata sebab 'demam kurang garam' (orang2 tua ckp) Tapi selepas pergi cari ubat gatal dari farmasi belakang ofis, farmacist tu ckp saya mungkin kena 'german measle'. Rubella katanya. Barulah sy terfikir, samada saya dah buat suntikan Rubella ke belum masa sekolah rendah dulu. Tak ingatlah.

Seminggu lebih saya dlm keadaan yang sangat tak selesa. Takut pun ada , maklumlah skrg ni banyak kes sakit pelik2 dan kematian mengejut. Perasaan pun jadi lebih sensitif. Kesian kat kawan2 dan teman yang terpaksa layan saya time tu...hu hu. Sayang dan sangat2 menghargai kamu semua.

2 hari ini, saya terpaksa mengabaikan beberapa perkara untuk berhenti sejenak dan mengambil nafas. Bukan berniat untuk melepaskan diri tetapi saya risau tak mampu berjalan dengan baik lantaran ingin melaksanakan dan mengejar semua perkara.

Mudah-mudahan hari esok dan mendatang lebih menjanjikan harapan dan semangat baru buat saya. Moga dapat melangkah dengan lebih pantas dan tenang.


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa dari (kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami, dan jangnlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami dari kaum yang kafir" (al-baqarah: 286)