April 24, 2011

Ahad & Lempeng

Assalmualaikum..

Hari Ahad biasanya sibuk. Tapi hari ni last minit usrah mingguan batal, dapat berita naqib, baru kehilangan saudara sepupu belah isteri dan terpaksa bergegas pulang ke Perak (Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali). Semoga beliau sekeluarga tabah menerima kehilangan dan diselamatkan perjalanan pergi dan balik.

Appointment satu pon takde minggu ni jadi melepak kat rumah sajelah. Apa lagi buat lah apa2 yang patut kat rumah. Nak pegi mana-manapun takde kawan.

Tengah buat kerja lapar, dah pukul 9 pagi. Nak makan apa pagi ni tengok2 apa ada sambil mencari-cari idea apa nak masak. Tak lalu dah mihun ke spageti ke roti ke, baked bean ke...perut tak berapa sedap akhir2 ni.

Ada sambal ikan bilis petai, ada kari ikan.

Waahhh...ni kalau buat lempeng ni sedap ni. Terus bancuh tepung.



Haha...nampak tak biji petai kat dalam sambal tumis ikan bilis tu. Kuah kari kaw housemate masak, perrgghh, sedapp makan dgn lempeng garing2 panas.

Buat 3 bijik. Makan sebiji setengah. Standardlah, selera besar tapi perut kecik. Hehe..
 
 

April 23, 2011

Lagi pasal Puteh.

Assalamualaikum..!!

Aduhai lamanya tak mengupdate blog ni. memang perasan tapi saje buat2 tak nampak, tapi bila ada kawan yang menegur dah lama tak share apa2, jadi kesian pulak kat blog ni terbengkalai.

Hari ni dah masuk 23 hb, lagi 3 hari nak dapat upah kerja. Haish, terpaksa tahan hati nk gi Book Fair..!!. So dah dekat2 hari upah ni, rajinlah buat calculation upah bulan ni nak pergi mana. Kena bajet betol2 kak oi, banyak nor bil2 a.k.a hutang nak kena settle. Termasuk dalam perkiraan ialah nk renew takaful Si Puteh.

Si Puteh ni disebabkan accident 2 bulan lepas dan ada buat claim so, takdelah NCD tahun ni..huk huk.

Yang dah rosak manakan sama dengan yang baru. Sekarang pintu belah sini terpaksa hentam kuat-kuat baru boleh tutup rapat.
 Sebelum tu nak tanya, terutamanya pada ladies..hehe, korang kalau renew atau buat insuran kereta tau tak apa detailnya , coverage, first party ke third party??

Saya? serius tak berapa faham...heeee...serah jer duit kat agen/bank bila diorang sebut berapa jumlah.

Jadi untuk lebih memahami, dan sebabkan hari mood merangka belanjawan, maka saya mencuba untuk request quotation motor-takaful melalui maybank2u.

Berita baiknya kepada pengguna Maybank2u, kita akan boleh dapat rebat 10% plus NCD (jika entitled lah yer!) apabila kita renew melalui maybank2u. Dah agak lama jugak saya terperasan promosi tu setiap kali berurusan di maybank2u tapi tak pernah klik.
   
Contohnya NCD 30% , tambah 10% rebat jika renew melalui maybank2u = 40%. Tak ke untung tu. Yelah bagi saya yg tahun ni tak dapat claim NCD, syukurlah dapat jugak rebat 10%...Alhamdulillah...:)

Dia punya quotation form jugak mudah difahami, masukkan je maklumat kenderaan dan kita akan dapat calculate berapa min-max jumlah RM yang kita perlu bayar. Boleh jugak tambah manfaat tambahan macam cover cermin, banjir...etc..(sekrang baru faham soalan2 yang biasa ditanya oleh agen..). Barulah faham apa benda yang terkandung dalam polisi tu..

Tambahan pulak, kalau nak buat roadtax pun boleh jugak, so maybank akan pos ke alamat kita dengan ada sikit caj lah. Kan senang tak payah beratur panjang kat pejabat pos...ehehe.

So, saya ingat hujung bulan ni teruslah nak renew polisi si Puteh. Kawan-kawan kalo nak tengok detail boleh lah ke maybank2u. Mereka yang takde maybank2u mintak maaf lah ye!


Nota - saya bukanlah agen Etiqa Takaful ok! Peace!

Wassalam.