April 29, 2010

Selamat Hari Lahir Mok..

Assalamualaikum..

Saat post ni ditulis, dah 52 tahun 1 hari umur mok (mak). Selamat Hari Lahir mok. Moga Allah sentiasa memberi mok rahmat dan kasih sayangNya. Kami semua sangat menyayangi mok. Mak menyayangi kami dgn cara mok tersendiri. Saat paling sy ingati waktu kecil ialah masa mak ajar kami solat. Sy dan 2 adik yg bawah (angoh dan wa) beratur sebelah menyebelah dan mok ajar kami angkat takbir, sujud, rukuk, bacaan...(isk...). Takde telekung cantik mcm budak2 skrg. Saya pakai kain pelikat diikat kat leher, hanya nampak muka..

dah lebih 20 tahun berlalu. Skrg sy hampir 30 tahun ...mak skrg dah jadi kawan pada sy. Bersyukur pada Allah kerana masih dan sentiasa dilingkungi kasih sayang, doa dan restu dari seorang ibu. Nikmat paling besar dalam hidup selepas nikmat Iman dan Islam.

Ja berjanji untuk berusaha menjadi anak yang solehah, mok. Ampuni segala dosa Ja pada mok. Doakan ketenangan sentiasa hampir dgn Ja. Doakan Ja menjadi anak yg sentiasa berbakti kepada keluarga...

Moga keluarga kita semakin ceria dgn limpahan kasih sayang

No comments:

Post a Comment