November 14, 2009

mengurus perasaan

mengurus kerja - baik

mengurus masa - baik

mengurus rumah x bertangga - cemerlang

mengurus kewangan - memuaskan

mengurus perasaan??


selalu gagal dalam mengurus perasaan sehinggakan menjejaskan aspek2 pengurusan yang lain. bagaimana nak belajar mengurus perasaan?

IQ, EQ, ESQ..????

huh...!!!!

November 7, 2009

bengkel penulisan DMPKS : belajarlah selagi mahu..!!


Alhamdulillah, perancangan untuk anjurkan bengkel penulisan akhirnya terlaksana.

Bengkel ni diusahakan atas kesedaran ramai wanita terutamanya yg terlibat dalam aktiviti sosio-dakwah ni tak pandai nak mengulas sesuatu isu walaupun perkara tu amat rapat dengan kehidupan sehariannya.

Maka kami telah menjemput Ummu Hani Abu Hassan Morad. Masih muda, tapi telah menghasilkan karya yang banyak, hampir seiring dengan usianya. Saya kagum dengan inspirasi dan dedikasinya dalam bidang penulisan. Asasnya - menggunakan segala kemahiran dan kemahuan untuk mendidik masyarakat ke arah yang baik.


Para peserta pulak - dari adik2 seawal umur 20 sehingga kepada ibu-ibu lingkungan 50-an. Mereka semua adalah mereka2 yang telah mengabdikan hampir keseluruhan diri mereka dalam dakwah. Semangat mereka untuk meningkatkan kemahiran demi perjuangan sangat dihargai walaupun perkara tu agak baru dan sukar di peringkat permulaan.


ya, belajar dan terus belajar selagi MAHU..!!




Lihat catatan Ummu Hani di sini

November 6, 2009

teruskan dgn apa yg sudah diusahakan...

Tetiba saja ada perasaan untuk bukak balik blog ni. Haih....sudah hampir setahun rupanya langsung tak usik blog ni. Barulah perasan takde apa2 yg sy postkan. Selama ini hanya update diri dlm fb saja (sila klik saya punya fb badge kat sebelah ye..!!)

mm..memang sukar apabila kita nak mulakan sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan kita. Lebih2 lagi kalau dah rutin harian kita sejak dulu dah memang macam tu.

Orang kata, bila kita nak betul2 amalkan sesuatu, kena paksa diri untuk buat benda tu selama 40 hari, baru boleh istiqamah (maintain)..!! err...betul ke?

then bila dah terbukak ni, so, rasanya why not teruskan saja usaha murni yg terbengkalai ni. mmm...banyak benda dah yang telah berlaku sepanjang setahun ini...dan banyak juga yang telah saya perolehi, tak kurang jua banyak yang telah saya tinggalkan...


" tiap hari yang dilalui dan dilewati,

pasti akan ada sesuatu yang kita dapatkan

jua banyak jua perkara yang akan kita tinggalkan...."