November 7, 2009

bengkel penulisan DMPKS : belajarlah selagi mahu..!!


Alhamdulillah, perancangan untuk anjurkan bengkel penulisan akhirnya terlaksana.

Bengkel ni diusahakan atas kesedaran ramai wanita terutamanya yg terlibat dalam aktiviti sosio-dakwah ni tak pandai nak mengulas sesuatu isu walaupun perkara tu amat rapat dengan kehidupan sehariannya.

Maka kami telah menjemput Ummu Hani Abu Hassan Morad. Masih muda, tapi telah menghasilkan karya yang banyak, hampir seiring dengan usianya. Saya kagum dengan inspirasi dan dedikasinya dalam bidang penulisan. Asasnya - menggunakan segala kemahiran dan kemahuan untuk mendidik masyarakat ke arah yang baik.


Para peserta pulak - dari adik2 seawal umur 20 sehingga kepada ibu-ibu lingkungan 50-an. Mereka semua adalah mereka2 yang telah mengabdikan hampir keseluruhan diri mereka dalam dakwah. Semangat mereka untuk meningkatkan kemahiran demi perjuangan sangat dihargai walaupun perkara tu agak baru dan sukar di peringkat permulaan.


ya, belajar dan terus belajar selagi MAHU..!!




Lihat catatan Ummu Hani di sini

No comments:

Post a Comment