October 19, 2011

Konvo Apih 5 Oct 2011

Assalamualaikum & Hi semua,

Tahniah kepada adiiku Mohd Hafiz & the gang dari Jurusan Pengurusan Muamalat, Akademi Pengajian Islam UM. Dorang ni 1st batch graduan kursus ni.

Happening betul hari konvo diorang kat UM, siap ada pom-pom girls n boys..







TAHNIAH...!!!!

Nanti 1st gaji jangan lupa belanja kakak mum ni..!!!!



September 30, 2011

Kedai Masuk Dalam kat I-City

Assalamualaikum & hi semua,

Baru-baru pegi I-City bawak family Ayoh Cik. Su pun ada sekali. Excited jugok ke sana, maklumlah first time.

Rasanya famili yang ada anak-anak kecik bagus jugak ke sana sebab diorang lah yang suka dengan lampu2 macam2 warna ni kan. Kita yang dah tua ni tak berapa lah sangat then, mata pun jadi sakit sebab silau yang amat..

Dah habis2 round, kitorang minum sekejap sebelum balik kat restoren mamak. Sebelah tu ada sebuah kedai yang memang menggamit2 perhatian untuk masuk dalam. Kalau mula2 tak rasa nak masuk pun, lama2 akan termakan jugak dengan seruan kedai ni...


Haha...bagus batul sales strategi kedai ni kan!

Lagi aksi-aksi jakun kat I-City kat bawah

Su & burung merak

yg tudung merah tu yang paling jakun sekali. Sebelah tu cousin,Bachik.

emm..biras, Makcik and Sue

Noor tgh belajar lastik mainan tu dgn bro Apro

robot attack!

dahaga betul


zebra

lowor tau burung2 ni, kamera ni silau sgt

cayang dia..!! Sue royak

T-Rex!
Balik doh..
Lain kali mari lagi..kita gi kat lain pulok deh..!!



September 23, 2011

Raya Kali Ini Tanpa Sekeping Gambar Kenangan

 Assalamualaikum dan hi semua,

Ya, betul. Raya kali ini takde sekeping gambar pun ada. Kamera tertinggal kat locker tempat kerja. Dan tak sempat nak collect gambar2 dari kamera orang lain.

Jadi, letak gambar kad raya jelah. Tak lambat lagi kot nak ucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.



Juga selamat menyambut Kemerdekaan dan hari se-Malaysia.


Wassalam & jumpa lagi..!!

August 2, 2011

Hari Pertama Ramadhan 1432H

Salam semua,

Bagaimana hari pertama Ramadhan korang semua ?

Saya? Alhamdulillah...syukur dapat menyempurnakan hari pertama, walaupun agak terkilan langsung tak terjaga waktu sahur. Macamana saya boleh lupa tukar setting jam, punyalah semangat masak nasi sebelum tidur (biasanya saya tak makan berat masa sahur, cukup sekadar air kosong / susu dan 2-3 biji kurma).

Hari pertama Ramadhan juga saya diuji dengan auditor yang sangat fussy. Hari ni kami di tempat kerja ada audit untuk ISO22000 (Food Safety Management System). CB hantar auditor yang dah retire so biasanya super duper senior auditor ni suka berceramah panjang...huhu.... tambah-tambah pulak komen auditor kali ini bercanggah pulak dengan auditor dari MOH untuk HACCP. Mana satu nak ikut ni bosss...!!!! MOH masih lagi tak recognize ISO 22000, so..ada sedikit lain dia punya interpretation.

Tapi walaupun penat jugak nak bagi justification, positively...at least i learn something. Biasanya senior auditor ni retiree, so, biasalah...senior2 lagi banyak makan garam kann...hehe...

Hopefully second day will be more relax lah...( ameen...)

Anyway...just to share with u all artikel dari Ust Zaharudin - Perkara Yang Perlu Dijauhi Semasa Ramadhan. Kadangkala perkara-perkara kecil kita terlepas pandang...akan mengganggu keterujaan kita dalam membanyakkan amal semasa puasa..

Ramadhan bulan produktif..!! Fastabiqul khairat !!..(berlumba-lumbalah dalam membuat perkara kebaikan)


August 1, 2011

Selamat Berpuasa..!!

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa semua,

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...

Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sama-sama kita hayati pengertian sebenar di sebalik fardhu berpuasa...

Mudah-mudahan Allah bantu kita untuk jadi hamba-Nya yang lebih baik.

Amin..

p/s - just want to share - website tanzil al-Qur'an bacaan dari pelbagai Qari pilihan, boleh dengar sambil-sambil buat kerja - http://tanzil.net/#1:1

June 13, 2011

Yeehaa..!! KL Marathon 2011


Salam, hi semua,

27 hb Julai ini akan join KL Marathon...inilah larian jarak jauh kali kedua selepas join acara merentas desa masa sekolah rendah dulu...huhu. 10 km mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur. Uii, bagi saya yang jantung tak pernah eksesais ni...boleh tahan tu jauhnya...





Tidak tahu apa bakal berlaku nanti...semput ke, pengsan ke...harap-harap oklah. Baru 2 hari start fitness training...sakit habis satu badan...jalan ngengkang semacam je. Penat tapi rasanya badan fit sikit. Naik tangga 4 tingkat pun steady. wah..wah..wah...

Kurang-kurang nanti separuh jalan lari dan selebihnya lenggang kangkung...oklah daripada kena naik ambulan....dapat jugak menikmati panorama Kuala Lumpur bandaraya kita..

Semangat kesukanan lebih ni, Ganu menang piala FA dan juara keseluruhan SUKMA 2011...!!

Jumpa di KL Marathon nanti..!!

June 12, 2011

Ganu Kite Bangkit..!!


  
Pantang menyerah...walaupun ada cubaan lengahkan perlawanan slps gol pertama Klate....great spirit...!!!

Great game..go go Ganu Kite....!!!




May 22, 2011

al-Fatihah & Takziah

Pagi ini sangat terkejut bila dengar berita kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim Hulu Langat.

Masakan tak, sejak petang semalam saya tak bukak tv dan memang malas nak tengok berita yang akhir2 ni tambah merapu2..

Terus bukak semua paper online dan youtube, facebook...



Masya-Allah...sangat menyedihkan...besarnya ujian buat mereka. Sekelip mata dalam kemeriahan persiapan untuk satu majlis, semua tertimbus dalam sekelip mata. Harap mereka yang terselamat terutama guru-guru dan kaitangan madrasah tersebut tak akan patah semangat untuk meneruskan usaha mereka berbakti kepada anak yatim. Tak semua orang boleh buat, semua tu memerlukan pengorbanan tenaga, masa dan harta yang bukan sedikit.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas semua arwah mangsa.Semoga Allah menggantikan kehilangan ini dengan suatu ayng lebih baik buat mereka semua. Ameen...


April 24, 2011

Ahad & Lempeng

Assalmualaikum..

Hari Ahad biasanya sibuk. Tapi hari ni last minit usrah mingguan batal, dapat berita naqib, baru kehilangan saudara sepupu belah isteri dan terpaksa bergegas pulang ke Perak (Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali). Semoga beliau sekeluarga tabah menerima kehilangan dan diselamatkan perjalanan pergi dan balik.

Appointment satu pon takde minggu ni jadi melepak kat rumah sajelah. Apa lagi buat lah apa2 yang patut kat rumah. Nak pegi mana-manapun takde kawan.

Tengah buat kerja lapar, dah pukul 9 pagi. Nak makan apa pagi ni tengok2 apa ada sambil mencari-cari idea apa nak masak. Tak lalu dah mihun ke spageti ke roti ke, baked bean ke...perut tak berapa sedap akhir2 ni.

Ada sambal ikan bilis petai, ada kari ikan.

Waahhh...ni kalau buat lempeng ni sedap ni. Terus bancuh tepung.



Haha...nampak tak biji petai kat dalam sambal tumis ikan bilis tu. Kuah kari kaw housemate masak, perrgghh, sedapp makan dgn lempeng garing2 panas.

Buat 3 bijik. Makan sebiji setengah. Standardlah, selera besar tapi perut kecik. Hehe..