Kitorang terus lepak kedai mamak order apa yang berkenan. Wah...sekejap je aku habiskan satu mangkuk kuew tiaw tomyam, diorang separuh pinggang tak habis lagi! Hehe...no control2...lapar weh..tambah pulak tomyam tu mmg sedap!
Borak2... emm...rasa macam tak cukup lak tomyam tu, order lagi roti bom pulak...hahaha...banyaknya aku makan. Lagilah bila dua orang lagi tu siap bagi galakan....apa lagi...
Sambil mengabiskan roti bom..lagi sambung borak...oleh kerana jarang dapat borak2 lama, keluar macam2 topik. Dari gosip tempat kerja , bola sampailah hal ehwal negara (kih3). Tapi yang tak syoknya biasalah...dapat soalan2 cepu emas. Termasuklah soalan " Kau nak balik rumah awal2 buat ape...bukan ada sape"..Ishh...apasal selalu sangat dapat soalan macam ni.
Pastu ditanya lagi..."Tak boring ke...? Balik rumah takde sape...
Mmglah...kadang2 boring, kadang2 ok...tapi rasanya semua orang samada yang masih single, yang dah kahwin, yang dah anak sederet, pekerja ke, CEO , menteri besar, perdana menteri, ketua penyokong kerjaan, ketua pembangkang ke....semuanya akan hadapi rutin seharian yang hampir sama. Corak yang sama...walaupun mungkin tempat berbeza.
Yang bujang rasa nak kahwin cepat, yang dah kahwin rasa rindu dengan kehidupan bujang, yang belum ada anak harap sangat cepat2 ada anak, yang dah ada anak rasa macam nak lari ke pulau yang takde orang, yang kerja rasa nak jadi surirumah, yang surirumah rasa nak kerja.....pendek kata....apa yang kita lalui dan ada sekarang ade je tak berapa best...ada je yang boring...
Betul tak?
Sebagai manusia biasa kita memang mahukan kesempurnaan dalam hidup, kalau boleh pada tahap tertentu, hidup kita mesti lengkap. Ada famili yang bahagia, kerjaya yang baik dan stabil, bebas kewangan, hari2 yang tenang tanpa stress, bonus tahunan berlipat kali ganda, atau bisness juta2..boleh buat dan beli apa saja, dapat melancong seluruh dunia....hmm...syok nyerr....
Hehe....berangan sekejap ye...
Tapi it's ok. Positif saja dengan apa yang kita ada sekarang. InsyaAllah masa itu akan datang kepada kita. Syaratnya usaha, doa dan tawakkal saje. Fikiran, sikap dan tindakan kita kan membawa kita kepada semua yang kita cita-cita dan angankan dan keluarkan kita dari semua yang boring2 tu.
Harapannya, dalam keadaan macam mana pun, semoga dilapangkan segala urusan dan beroleh ketenangan sepanjang meniti hidup.
InsyaAllah.
"Jadi sudah sepatutnya anda pada hari ini lebih bijak dan pandai membahagi-bahagi waktu anda dengan baik. Jadikanlah tiap-tiap minitnya sebagai ribuan tahun dan tiap-tiap saatnya bagai ratusan bulan. Tanamkanlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini dan persembahkanlan sesuatu yang paling indah untuknya. Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah sentiasa kepada-Nya. Bersiap-siaplah untuk satu perjalanan jauh menuju akhirat, dan nikmatilah hari ini dengan penuh keriangan dan kebahagiaan. Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu, dan jawatan anda hari ini dengan penuh keredhaan" (petikan buku Jangan Bersedih, Aidh Adullah al-Qarni)
p/s - Thank you En Hasrul belanja kali ni, len kali aku lak yang belanja k.