December 26, 2010

Kegilaan semasa

Walaupun kegilaan sejak kecik sampai leni ialah membaca tapi aku kurang minat baca novel. Masa zaman sekolah rendah-menegah banyak karya berkisar pasal konflik2 percintaan dan jiwang2. Letih nak layan. Kalau boring sangat baru baca , itupun langkau 2-3 muka dan akhirnya baca hujung saja.

Masa sekolah rendah,  layan Nancy Drew & Enid Blyton jer....berangan nak jadi penyiasat.

Mungkin sbb tak berapa suka fiksyen, kecenderungan lebih pada majalah macam MASSA (frust sgt bila edisi MASSA dihentikan atas alasan tak laku, hey...aku beli tiap2 minggu dulu...!! ) Dwn Masyarakt, al-Islam (sebelum Astora Jabat jadi Ketua Pengarang, pastu BAN..!!), Nur, Women's Weekly, buku motivasi dan keagamaan.

Jadi kalau novel tak pernah beli cuma pinjam dengan kawan2 yang suka kumpul - tapi pilih2 tajuk...agak2 takde jiwang2 sangat - layan.  Antara novel yang  terkesan bila membacanya (maknanya baca dari ayat pertama sampai akhir antaranya Kemarau Kasih (Khadijah Hashim), Diari Sayang (tak ingat pengarangnya), Tragedi Hiroshima (true story), Lagenda Tasik Cini (tak berapa ingat exact title)....errrr...yang lain langsung tak lekat.

The only one novel Melayu yang aku beli ialah Doa Untuk Suamiku (Sri Diah)...itupun lepas kena suruh...bacalah...bagus karangan Sri Diah untuk pelajaran kehidupan..(mmg betul....tak jiwang, tak cintan-cintun) 

Sejak fenomena cinta dakwah pun masih jarang baca novel, hanya Ayat-ayat Cinta yang aku baca.

Fiksyen thriller seram/misteri lagi tak layan.

Tapi kali ini aku benar2 melekat... Karya yang sangat baik. Seolah2 menelusuri sama perjalanan watak dalam novel ni. Membacanya terasa macam sama perasaannya macam kita tengok Lord of The Ring, Harry Potter....tapi ini lebih terkesan sebab diselitkan unsur-unsur dakwah.

 Dan sekarang aku rasa rugi sikit sebab karya ni dah lama tapi baru sekarang aku baca.



 2 siri ni dah khatam...:D


Sekarang sedang mengembara bersama siri ni










Dan yang ni wajib beli...!!!!!


Kalau karya ni difilemkan...aku akan book tiket hari pertama tayangan.....dan 2-3 kali tengok ....!!! :D

December 10, 2010

Tidak perlu takut untuk berpisah..

 Tak jauh mana pun aku berhijrah.Selangkah dua je.


Tapi agak seronok sbb  mendekatkan aku dgn lebih ramai  kawan2 lama yang dah lama tak berkesempatan berjumpa. Tau-tau rupanya dekat saja...berjiran di daerah yang sama.

Dah ada tempat lepak dan dating. Ehe..

Orang kampung pun jumpa kat perantauan. Maklum sajalah kalau balik kampung pun belum tentu dapat jumpa sbb itu saja masa yang ada untuk layan keluarga nak jalan2 atau aktiviti lain.

Seringkali bila terpaksa berpisah...tukar sekolah/ tamat belajar/kawan kawin/adik beradik nak kawin...kita jadi sangat sedih kerana fikir sudah kurang masa bersama dan takkan dapat share kesemuanya macam dulu-dulu.

Sebenarnya tidak. Jauh mana kita pergi..satu masa kita akan dapat berjumpa kembali dengan mereka yang pernah ada dlm hidup kita. Dan pertemuan selepas itu akan menjadi lebih manis kerana masing-masing akan dapat melihat perkembangan masing-masing...kerja, keluarga..dan kehidupan.

Jadi  tak perlu takut atau sedih bila tiba masa berpisah.



berkesempatan jumpa kwn sekampung-K Mas selepas 5-6 tahun (mgkin lebih) dan ibu, Che De (tengah) selepas 17 tahun baru-baru ni di kediamannya. Che De tetap manis cam dulu-dulu.. :)

November 17, 2010

"Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Wa Lillahi al Hamdi"

Salam,

Hari ini 10 zulhijjah (tarikh Malaysia) 1431H.

Pertama kali tak balik beraya di kampung sejak kerja 5 tahun lalu. Cuti 2 hari saje. Dan sebab ada audit dari HQ lepas raya ni. Audit kali ni paling kritikal sbb melibatkan penilaian kerja, maklumlah big2 bos sume turun. Dapat ku bayangkan betapa gilanya nanti bersiap untuk audit. pasti setiap hari di munggu terakhir sebelum audit aku akan balik lewat.  Banyak gila kerja yg tak settle lagi.( Madam Bos, bila trainee cum my assistant nak sampai ni...tak tahan dah...!!)

Huhu....




Perasaanya sangat tak best. Blok kediaman aku sunyi je...sekali-sekala dengar suara budak main dan bau lauk pauk...tapi takde bau lauk raya ..hehe, (sume orang balik masak kat kg lah mek...)

Oleh sebab itu, aku berjanji ini adalah kali terakhir aku beraya sorang. Tak mau dah.

Macamana ada problem atau banyak kerja pun, aku mesti pastikan beraya di samping keluarga.

Terima kasih pada semua kesayanganku yang telefon aku di hari raya aidiladha ini. Sayang kamu semua.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Wa Lillahi al Hamdi.

September 8, 2010

Salam Aidilfitri...


Salam Aidilfitri buat semua kesayanganku..keluarga, sahabat, teman2 dan seluruh umat Islam..


Aildilfitri kali ini amat bermakna bagiku..


Semetelah banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupanku lewat setahun ini..


Mudah-mudahan Aildilftri kali ini menjadikan kehidupan kita menjadi lebih baik


Menjadikan kita lebih bersyukur atas segala kurniaan dan belas kasihan serta sifat rahmat Allah terhadap kita para hambaNya..


Syukur yang akan membawa kita lebih mentaati dan menjalankan kewajipan sebagai makhlukNya..


Oh Allah, hambaMu ini seringkali berbuat dosa, sering memungkiri janji, sering mengambil kesempatan keatas sifatMu yang Maha Pengampun..


Ku mohon kekuatan dari Mu ya Allah, kerana tiada lain sumber kekuatan melainkan dari Mu...


Moga Aidilfitri kali ini akan membawa aku kembali kepada fitrahku..


Salam Aildilfitri...


ada sesetengah sahabat ckp..raya utk budak2 je? sape kate? Makna Aildifitri lebih dari sekadar baju raya, kuih raya, biskut raya, bersalaman dan sebagainya..

August 3, 2010

@ new Place

@ new place...so bz to hang out here...!!

July 15, 2010

Geram..!!

Selalunya kita ni nak bersikap jujur dan telus...

Tapi mungkin bila bertindak sebegitu, orang akan mengambil kesempatan pada kita?

Selalunya orang suka nak tunjuk hero, atau nak tunjuk bagus pada mereka yang dilihat tidak melawan atau mereka yang suka dengar cakap..

Saya tak suka cari masalah dengan orang, tapi selalu sangat diambil kesempatan

Maka hari ini saya dah tak kisah..kalau mereka nak kata saya ni tak beradab atau tak bertanggungjawab..

Ikut suka korang lah..!! Korang pon bukannya bagus atau betul sangat..!! Fikir dan renungkanlah hak dan tanggungjawab korang yang sepatutnya ditunaikan..!!

Geram..









July 6, 2010

bercampur-baur...

Skrg mood tak berapa baik...

Semua segi rasanya tidak begitu memberangsangkan..

Penat juga nak melawan perasaan yang asyik nak membawa kearah semangat negative je

Harap niat untuk berhijrah ni membuka dimensi baru dalam hidup..

Ya Allah, kembalikan kekuatan dan semangat hamba-Mu ini..

Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Tahu atas segala yang terbaik bagiku..

Aku hanya mengharapkan kebaikan untuk dunia dan akhiratku..untuk diriku dan mereka yang memerlukan aku..

Ameen..


Note: Untuk mencari semula diri, sempat saya try one of the personality trait test dari http://www.trans4mind.com. Ok jugak soalan-soalannya dan buat saya mengimbas kembali attitude saya selama ni. Tapi belum habis lagi go through semua soalan sebab banyak sangat..!!!

Here are the result for the first part:


Not so bad huh..;D keep up baby..!!

May 3, 2010

LiFE iS a GiFT,,!!!

(sangat tersentuh dgn kiriman email yg diforwardkan oleh seorang sahabat..)


There was
a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always
there for her.. She told her boyfriend, 'If I could only see
the world, I will marry you.'

One day,
someone donated a pair of eyes to her. When the bandages
came off, she was able to see everything, including her
boyfriend.

He asked
her,'Now that you can see the world, will you marry me?' The
girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The
sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected
that. The thought of looking at them the rest of her life
led her to refuse to marry him.

Her
boyfriend left in tears and days later wrote a note to her
saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before
they were yours, they were mine.'

This is
how the human brain often works when our status changes.
Only a very few remember what life was like before, and who
was always by their side in the most painful situations.

Life Is a
Gift

Today
before you say an unkind word - Think of someone who can't
speak.

Before
you complain about the taste of your food - Think of someone
who has nothing to eat.

Before
you complain about your husband or wife - Think of someone
who's crying out to GOD for a companion.

Today
before you complain about life - Think of someone who went
too early to heaven.

Before
whining about the distance you drive Think of someone who
walks the same distance with their feet.

And when
you are tired and complain about your job - Think of the
unemployed, the disabled, and those who wish they had your
job.

And when
depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on
your face and think: you're alive and still
around.

April 29, 2010

Selamat Hari Lahir Mok..

Assalamualaikum..

Saat post ni ditulis, dah 52 tahun 1 hari umur mok (mak). Selamat Hari Lahir mok. Moga Allah sentiasa memberi mok rahmat dan kasih sayangNya. Kami semua sangat menyayangi mok. Mak menyayangi kami dgn cara mok tersendiri. Saat paling sy ingati waktu kecil ialah masa mak ajar kami solat. Sy dan 2 adik yg bawah (angoh dan wa) beratur sebelah menyebelah dan mok ajar kami angkat takbir, sujud, rukuk, bacaan...(isk...). Takde telekung cantik mcm budak2 skrg. Saya pakai kain pelikat diikat kat leher, hanya nampak muka..

dah lebih 20 tahun berlalu. Skrg sy hampir 30 tahun ...mak skrg dah jadi kawan pada sy. Bersyukur pada Allah kerana masih dan sentiasa dilingkungi kasih sayang, doa dan restu dari seorang ibu. Nikmat paling besar dalam hidup selepas nikmat Iman dan Islam.

Ja berjanji untuk berusaha menjadi anak yang solehah, mok. Ampuni segala dosa Ja pada mok. Doakan ketenangan sentiasa hampir dgn Ja. Doakan Ja menjadi anak yg sentiasa berbakti kepada keluarga...

Moga keluarga kita semakin ceria dgn limpahan kasih sayang

April 25, 2010

Memulakan bisnes

Assalamualaikum..

Masliza nk buat bisnes? hehe...bidang ni agak asing bagi saya.

Tapi apa salahnya memulakan suatu yang baru untuk menilai keupayaan diri

Dah lama ingin mencuba tp tak pernah serius.

Jadi bila dah nekad, dan alhamdulillah mendapat sokongan dari sahabat2 yang telah dulu memulakan, saya mula mengorak langkah.

Mula2 teragak2, tp saya seronok bila dpt first order, lagi2 customer siap tempah lagi stok baru.

Alhamdulillah, sy sedang membikin blog niaga saya (he he). InsyaAllah sedikit masa lagi akan launch.

Harap dilancarkan urusan dan mendapat sokongan dari semua...

ps - oppsss...sy tak bgtau pun buat bisness apa ye. Saya mulakan dgn jualan tudung ala ariani. Jenama terkenal, fabrik berkualiti dan selesa dan of coz..harga yang berpatutan yg tak akan buat kita fikir 40 kali sebelum beli..:D

Suku tahun pertama Masliza

He he....tajuk macam nak buat report kerja ye. Sedar tak sedar dah nak habis bulan 4 tahun 2010. Beberapa hari lagi saya nak mencecah umur 30. Hm, sudah mencapai umur lebih dari dewasa. Sudah tercapaikah apa yang diimpikan dan sepatutnya diperolehi pada peringkat umur sebegini? Timbangan amal bagaimana pula? Ah, mmg takut memikirkan kekurangan dan lemahnya diri sebagai hamba yang ditugaskan untuk mengabdi, apa lagi mengenangkan amanah sebagai khalifah di muka bumi. Moga Allah mengampuni segala dosa-dosaku selama hayat ini dan memberiku kekuatan untuk terus memperbaiki diri.

Sejak Disember tahun lepas saya agak sibuk dgn kerja. Kerap travel. 2 bulan kebelakangan ini sentiasa berulang alik dari daerah mastautin ke cawangan tempat kerja, sangat meletihkan. hampir tiada masa untuk diri sendiri. Weekdays outstation dan weekend balik ke kediaman , begitulah rutin sy selama itu. Balik sekadar untuk basuh baju dan berkemas2 untuk pergi minggu seterusnya. Ramai cari saya masa ni. Maaflah sahabat2....kalu ada yg geram..hehe...

Lagi2 bila anak buah sy, adik Mus exident dan sampai skrg masih MC. saya terpaksa ambil alih tugas dia. Langsung tiada masa untuk duduk. alhamdulillah skrg dia dah beransur pulih. Tak sangka dgn keadaan dia masa mula2 ke wad kecemasan, sekarang dan ceria semula. Adik Mus ni kuat semangat orangnya. Sejak hari pertama terlantar di hospital, tak pernah tgk dia menangis. Keluar hospital hari2 makan bubur yang dikisar halus lebih halus dari bubur baby sbb bahagian rahang dan gigi dia cedera teruk. Sedut dgn straw. Saya yang tgk dia makan pun boleh jadi 'kembang'. terfikir kalaulah saya jadi dia, tak pasti samada saya boleh telan atau tak. Mungkin menangis2 time makan kot. Ujian untuk setiap orang berbeza mengikut tahap kemampuan mereka menghadapinya.

Sebaik habis tugasan di luar daerah, terus saya menumpukan sepenuh perhatian pada program DMPKS yang berlangsung awal bulan 4. Sangat kelam kabut kerana banyak tugasan yang tidak sempat diurus dengan baik lantaran bertembung dgn tugasan kerja. Program berlangsung dgn baik walaupun terdapat banyak kekurangan. Ampun pada kakak Ketua...hu hu. Ini kali pertama saya handle program sebegini. Tapi sepatutnya tak boleh beralasan kan? sepatutnya ALWAYS FIRST TIME RIGHT. Apapun, terima kasih pada team saya yang melaksanakan tugasan mereka dengan baik sekalipun dalam kesibukan masing2. Semoga Allah membalas keikhlasan mereka semua melaksanakan amanah dengan keberkatanNya.

Habis program saya kena demam dan naik gatal2. Tak tahan sgt bengkak2 dan miang sampai tak booeh tidur malam. Mula2 disangka kena alergi. Tapi saya sendiri tak pasti puncanya kalau alergi. Ada yang kata sebab 'demam kurang garam' (orang2 tua ckp) Tapi selepas pergi cari ubat gatal dari farmasi belakang ofis, farmacist tu ckp saya mungkin kena 'german measle'. Rubella katanya. Barulah sy terfikir, samada saya dah buat suntikan Rubella ke belum masa sekolah rendah dulu. Tak ingatlah.

Seminggu lebih saya dlm keadaan yang sangat tak selesa. Takut pun ada , maklumlah skrg ni banyak kes sakit pelik2 dan kematian mengejut. Perasaan pun jadi lebih sensitif. Kesian kat kawan2 dan teman yang terpaksa layan saya time tu...hu hu. Sayang dan sangat2 menghargai kamu semua.

2 hari ini, saya terpaksa mengabaikan beberapa perkara untuk berhenti sejenak dan mengambil nafas. Bukan berniat untuk melepaskan diri tetapi saya risau tak mampu berjalan dengan baik lantaran ingin melaksanakan dan mengejar semua perkara.

Mudah-mudahan hari esok dan mendatang lebih menjanjikan harapan dan semangat baru buat saya. Moga dapat melangkah dengan lebih pantas dan tenang.


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa dari (kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami, dan jangnlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami dari kaum yang kafir" (al-baqarah: 286)